Your cart is currently empty!
“Perlu ke basuh dulu baju raya sebelum pakai? Apa sebabnya?…”
Sudah menjadi satu perkara biasa dan menjadi amalan orang Melayu untuk mencuci pakaian baru sebelum dipakai. Ada yang menyatakan ianya satu “Petua”, dan ada yang hanya ikut kerana pesanan orang tua-tua. Tapi apakah rasional di sebalik amalan ini?
Pada tinjauan saya, mengikut kebiasaan, ada pakaian baru yang kita pakai tanpa dibasuh akan menyebabkan rasa tidak selesa, rasa gatal dan juga rimas. Nak tahu apa puncanya? Jom kita bincangkan.
Rasa rimas, gatal dan tidak selesa mungkin datang dari beberapa faktor yang berbeza. Pertamanya, setiap fabrik yang dihasilkan akan melalui proses kimia bagi tujuan mewarnakan dan juga agen anti peluntur yang mengekalkan warna fabrik. Basuhan baju baru kali pertama sebelum dipakai dapat membantu mengurangkan atau menyahkan sisa-sia bahan kimia ini dari fabrik. Ini mungkin menjadi sebab kenapa pakaian baru perlu dibasuh sebelum dipakai buat kali pertama.
Selain itu, ada juga rasa tidak selesa yang berlaku akibat dari serat fabrik ketika diproses. Serat lebihan (seakan habuk) yang melekat ketika dalam proses pembuatan fabrik ini juga boleh mendatangkan rasa tidak selesa kepada pemakai. Sekiranya dibasuh, serat halus ini akan tertanggal dari baju dan memberikan rasa yang lebih selesa untuk dipakai.
Dannnn…. Saya sentiasa menjadikan asbab ketiga ini sebagai asbab utama kenapa pakaian baru perlu dicuci. Sebabnya adalah “Proses menjahit pakaian adalah tidak hygenik iaitu KOTOR”… Ini bukan buat-buat cerita tapi dari pengalaman saya sendiri melawat “Kilang Warga Asing” yang menjahit Baju Melayu dan Baju Kurung bagi satu jenama terkena di Malaysia.
Ya… proses pembuatan baju adalah kotor. Pertama, kain yang sampai (dalam roll) diletakkan di satu sudut di atas lantai yang tidak berlapik. Kemudian roll kain ini diangkat dan dibentangkan di atas meja potongan. Panjang meja potongan ni lebih kurang 15 meter. Kain akan dibentangkan selapis demi selapis hingga tebal lapisan menjadi sekitar 5 inci. Setiap lapisan akan dipastikan tegang, ada yang pegang guna tangan, ada yang pijak pakai KAKI. Kemudian Cutting master akan buat potongan setiap bahagian baju dan bahagian yang sudah dipotong diletakkan dalam bakul.
Bakul ni akan dihantar kepada bahagian menjahit, ikut kategori, siapa yang jahit lengan baju maka dia cuma buat lengan baju sahaja, yang buat kolar baju akan buat kolar baju sahaja. Bila bakul sampai, penjahit ni akan lambakkan potongan ini atas lantai…. Ya… atas lantai dekat dengan area kaki mereka. Setelah dijahit juga akan dilambakkan di atas lantai untuk tujuan pengiraan (upah ikut berapa keping yang dijahit)sebelum dimasukkan semula dalam bakul.
Dan proses letak atas lantai ni akan berulang sehingga siap menjadi baju. Yang menjahit rata-rata hanya pakai ‘Singlet’ dan kain pelikat atau seluar pendek. Yang menjahit tak pakai baju pun ada… Pakaian hanya akan duduk atas meja pada proses terakhir iaitu proses menggosok (iron) dan juga pembungkusan dalam kotak atau plastik.
Jadi cuba bayangkan, berapa banyak jenis kuman, hama dan kulat yang melekat pada PAKAIAN BARU anda yang melalui proses ini? Jadi rasa-rasa kuat tak asbab kenapa baju baru PERLU DIBASUH sebelum dipakai? Kannnnn….
Untuk basuhan baju baru ni pun kena bijak memilih sabun yang sesuai. Contohnya cari sabun yang ada kandungan Texcare seperti sabun POWERWASH dan sabun HIJABCARE Biofitrah. Texcare ini fungsinya adalah untuk melindungi serat fabrik pakaian anda dengan satu lapisan Nano yang dapat menghalang kotoran dari meresap dan tinggalkan kesan tompok pada pakaian.
Kedua – dua POWERWASH dan HIJABCARE ini juga mengandungi Anti-Bakteria yang membantu membunuh kuman dari fabrik baju anda. Baju akan menjadi lebih bersih, bebas kuman dan kualiti kain kekal lama. Nak lagi best? Lepas cuci dengan POWERWASH atau HIJABCARE, gunakan pelembut SOFTFRESH yang akan menjadikan pakaian baru mudah digosok dan lengkap dengan haruman seumpama dibasuh dengan perfum. Tak percaya? Cubalah, anda pasti akan lebih teruja untuk ber Hari Raya dengan penampilan yang lebih anggun dan harum.
“Nikmati Momen Kehidupan… POWERWASH Hilangkan Kerisauan…”
-AR-

One response to “Perlu ke basuh baju Raya sebelum pakai?”
-
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply